SEJARAH PSS



SEJARAH  PUSAT SUMBER SARJANA

Pusat Sumber SARJANA mula beroperasi pada bulan April 2001. Ketika itu hanya terdapat 20 orang pengawas pusat sumber dan seorang guru penasihat. Pusat sumber ini dibuka pada pukul 3.00 petang hingga 4.30 petang. Pada peringkat awalnya para pelajar hanya dibenarkan membuat rujukan di dalam pusat sumber pada awal bulan Mei 2001.
           
Mesyuarat kali pertama diadakan pada 15 April 2001. Pengerusi pertama yang telah dilantik ialah Mohd Fahmy Bin Lokman manakal naib pengerusi ialah Nawar Nadzirah Binti Hariri.
           
Penyelaras Pusat Sumber Sekolah yang pertama ialah Puan Razana Bt Abdul Rahman yang berkhidmat dari tahun 2000 hingga 2007. Tugas beliau kemudiannya diambil alih oleh Puan Zaihasra Bt Md Nasir Pada tahun 2008 hingga 2010. Cik Nabilatul Husna Binti Azlan Hasni pula dilantik sebagai Guru Penyelaras PSS yang baru sehingga kini.
           
Pada bulan Januari 2011, Cik Nabilatul Husna Binti Azlan Hasni telah dilantik sebagai Guru Perpustakaan dan Media. Bidang kuasa dan senarai tugas guru tersebut adalah tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan dalam Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/2005 yang berkuatkuasa sekarang.

No comments:

Post a Comment