PENGENALAN



                                          PUSAT SUMBER KINI 

PSS  dibahagikan kepada  dua bahagian  utama, iaitu Perpustakaan dan Bilik Multimedia dan Bilik Sumber

Keluasan bilik PSS ialah 8 bay iaitu sama dengan 2 setengah bilik darjah. Bilik PSS dapat dibahagikan kepada 5 bahagian utama, iaitu bilik redspot, ruang bacaan terbuka, persada NILAM, bilik kerja dan ruang akhbar dan majalah. PSS dapat memuatkan seramai 83 orang pelajar, iaitu  24 orang pelajar di ruang bacaan, 4 orang di sudut rujukan guru, dan 4 orang di ruang majalah dan akhbar, 6 orang di persada NILAM dan  35 orang  di Bilik Multimedia

PSS telah menyediakan pelbagai jenis perkhidmatan kepada para warga sekolah. Antaranya termasuklah pinjaman bahan bacaan untuk pelajar dan guru, pinjaman kelompok untuk projek NILAM, pinjaman Alat Bantuan Mengajar dan Bahan TVP, penggunaan kelas di PSS, sebaran mengenai berita atau isu tekini melalui buletin PSS.

Selain daripada itu PSS juga mengadakan perkhidmatan untuk mengisi tabung PSS seperti perkhidmatan laminasi, fotografi, jualan akhbart dan mencetak. Semua perkhidmatan tersebut beroperasi sepanjang waktu persekolahan.

           Bilik Multimedia terletak di sebelah Perpustakaan. Keluasannya sama dengan 1 bilik darjah. Bilik ini dilengkapi dengan  I dilengkapi dengan kemudahan OHP, LCD, Skrin, Troli,  kerusi, meja papan putih dan sebagainya. Pelajar-pelajar dapat menonton bahan dokumentari dan memahami apa yang guru mengajar melalui video dan tayangan melalui LCD.

No comments:

Post a Comment